letak code chatbox uolls kt sini

Friday, June 19, 2009

PERJANJIAN LONDON

5.2 PERJANJIAN LONDON

5.2.1 Rundingan berlangsung pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
5.2.2 Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd setiausaha Tanah Jajahan British.

i. Satu suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Bebas telah ditubuhkan.
ii. British bersetuju memberikan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
iii. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih kepentingan British atau Barat di Persekutuan Tanah Melayu.
iv. Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga keselamatan, perdagangan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Mengekalkan konsep Raja Perlembagaan.
vi. Meneruskan pembahagian kuasa diantara kerajaan pusat atau negeri.

5.2.3 Rombongan Merdeka telah kembali ke tanah air pada 20 Februari 1956 di sambut secara besar-besaran di padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
5.2.4 dalam perhimpunan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment