letak code chatbox uolls kt sini

Thursday, June 25, 2009

Penentangan dan reaksi rakyat

Penentangan dan reaksi rakyat

Golongan anti penyerahan telah menghantar bantahan kepada kerajaan British tetapi tidak dihiraukan. Banyak poster-poster ditampal di merata-rata tempat dan di setiap kampung diarah membuat poster dan sepanduk bagi menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Kaum wanita turut menyertai menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Cikgu Lily Eberwein, kaum ibu PKMS pergi ke kawasan pedalaman meraih sokongan dan simpati orang Iban.

Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Orang melayu dan orang Iban telah menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Orang Melayu telah diketua oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi haji Mohamad Kassim (ketua datu-datu masyarakat melayu dan kaum melayu terpelajar).

Gerjakan anti penyerahan disertai oleh:
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak(PKMS)
Persatuan Barisan Pemuda Melayu Sibu(BPM)
Barisan Pemuda Sarawak(BPS)
Persatuan Dayak Sarawak(PDS)

Faktor Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Faktor Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

Charles Vyner Brooke menggunakan tipu muslihat membuat keputusan sendiri menyerahkan Sarawak kepada British tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.

Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak yang baru supaya memudahkan penduduk Sarawak menuntut kemerdekaan.

Tuesday, June 23, 2009

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak


Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak

  1. Pada bulan januari 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran Brooke.
  2. Perlembagaan ini merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan kuasa pada rakyat tempatan.
  3. Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Perlembagaan Sarawak.
  4. Malangnya perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana tercetusnya perang dunia kedua.
  5. Jepun telah menduduki Sarawak pada tahun 1941 hingga 1945.

Sarawak selepas kekalahan Jepun

PERTUBUHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH DAN SARAWAK

Sarawak selepas kekalahan Jepun

  • Selepas perang dunia kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah, british telah memperkenalkan Pentadbiran tentera british (PTB) mengambil alih pentadbiran Sarawak pada 10 september 1945, bagi mengemaskini pentadbiran, mengembalikan ketenteraman dan pemulihan ekonomi.
  • Sarawak berada di bawah pentadbiran British sehingga 1 Julai 1946.

Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

PERTUBUHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH DAN SARAWAK


Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British kerana :
  • Desakan daripada kerajaan British.
  • Pertikaian keluarga.
  • Masalah kewangan.
  1. Hasil daripada rundingan Charles Vyner Brooke dengan kerajaan British pada Disember 1945, Charles Vyner Brooke bersetuju menyerahkan British kepada Sarawak.
  2. Gerald T.MacBryan telah dihantar untuk mendapatkan tandatangan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Srawak.
  3. MacBryan telah menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan.
  4. Pada 8 Februari, Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Sarawak kepada kerajaan British.
  5. Pengumuman ini di bantah oleh pelbagai pihak terutama sekali orang Iban dan orang Melayu.
  6. Akibat daripada bantahan itu, Charles Vyner Brooke diminta oleh Pejabat Tanah Jajahan unyuk mendapatkan persetujuan secara demokrasi daripada Majlis Negeri.
  7. Majlis Negeri telah meluluskan Rang Undang-undang Penyerahan Srawak atau Cession Bill dengan 18 undi menyokong dan 6 undi menentang.

Friday, June 19, 2009

ROMBONGAN KEMERDEKAAN

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 ROMBONGAN KEMERDEKAAN

5.1.1 Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berunding dengan Raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan.
5.1.2 Satu rombongan kemerdekaan di bentuk diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

i. Rombongan Merdeka terdiri daripada orang wakil Raja-raja Melayu dan Wakil Parti Perikatan.
ii. Wakil Raja-raja Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Abdul Razak Hussein, dan Tun H.S Lee.
iii. Wakil dari Parti Perikatan pula terdiri daripada Dato’ Ahmed Kamil, Dato’ Mohd. Seth, Dato Panglima Bukit Gantang, dan Abdul Aziz Othman.

PERJANJIAN LONDON

5.2 PERJANJIAN LONDON

5.2.1 Rundingan berlangsung pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
5.2.2 Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd setiausaha Tanah Jajahan British.

i. Satu suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Bebas telah ditubuhkan.
ii. British bersetuju memberikan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
iii. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih kepentingan British atau Barat di Persekutuan Tanah Melayu.
iv. Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga keselamatan, perdagangan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Mengekalkan konsep Raja Perlembagaan.
vi. Meneruskan pembahagian kuasa diantara kerajaan pusat atau negeri.

5.2.3 Rombongan Merdeka telah kembali ke tanah air pada 20 Februari 1956 di sambut secara besar-besaran di padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
5.2.4 dalam perhimpunan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

5.3.1 Parti Perikatan telah bersetuju dengan membentukkan ebuah Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
5.3.2 SURUHANJAYA REID
Suruhanjaya Reid telah di bentuk pada bulan Mac 1956, dipengerusikan oleh Lord Reid(Hakim British).
Antara tugas Suruhanjaya Reid ialah:-

i. Merangka sebuah Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.
ii. Pembentukkan dan penentuan kuasa kerajaan persekutuan dan negeri.
iii. Menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu.
iv. Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

5.3.3 Suruhanjaya Reid telah menerima131 memorandum daripada Raja-raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik.
5.3.4 Draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada 1957 untuk dibahaskan oleh penduduk dan politik tempatan.
5.3.5 Beberapa cadangan Suruhanjaya Reid telah dipinda untuk memuaskan hati semua pihak.

Antara perkara yang telah dipersetujui ialah:-

i. Sesebuah Negara persekutuan terbentuk dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan negeri.
ii. Kerakyatan secara Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu.
iii. Mengekalakan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain.
iv. Bahasa Melayu manjadi bahasa kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil pula boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantr sekolah masing-masing.
v. Agama Islam menjadi Agama Persekutuan. Walaubagaimanapun, agama lain bebas diamalkan.

5.3.6 (Kerajaan Demokrasi, Konsep Perlembagaan), tolak ansur ini telah membolehkan pembentukkan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja Perlembagaan.
5.3.7 Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan tersebut kerana menyedari pakatan murni abtara kaum ini akan mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu.
5.3.8 Parlimen British telah menerima cadangan Suruhanjaya Reid pada Jun 1957.
5.3.9 Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan telah mengesahkan pada 15 Ogos 1957 dan upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan di Kuala Lumpur antara Raja-raja Melayu dan British.

Ahli Suruhanjaya Reid:-
i. Lord William Reid (England)
ii. Sir Ivor Jenning (England)
iii. William Mckell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
iv. Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
v. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

PERLEMBAGAAN MERDEKA

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
PERLEMBAGAAN MERDEKA

Antara fasal penting Perlembagaan Merdeka ialah:-

  1. Pembentukkan sebuah Perlembagaan Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua nagara.
  3. Pentadbiran Negara berasaskan demokrasi berparlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  4. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran Negara dibantu oleh seuah cabinet.
  5. Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.
  6. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang di lahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan beberapa syarat juga dipertimbangkan.
  7. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain.
5.4.1 Perjanjian Persekutuan memberikan hak yang mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir Negara.
5.4.2 Penghargaan seharusnya diberikan kepada tokoh-tokoh kemerdekaan kerana kebijaksanaan menyelesaikan isu-isu rumit dan sensitif sehingga kemerdekaan dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

  • Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada warganegara Malaysia.
  • Dengan pemasyhuran kemerdekaan Negara bebas daripada belenggu penjajahan selama-lamanya.
  • Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan.
  1. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan. Manakala bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh beberapa orang ahli UMNO.
  2. Peristiwa tersebut disaksikan ribuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dengan launagan merdeka bergema menanadakan kemenangan rakyat bebas daripada belenggu perjajahan.
  3. Pada keesokan harinya, 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  4. Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu (1957-1960).
  5. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wrllington, bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa.
  6. Tunku Abdul Rahman, Ketua Parti Perikatan telah membaca pengisytiharan kemerdekaan Negara dengan lantang.
  7. Selepas itu, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan MERDEKA!!! Sebanyak tujuh kali dan disambut dengan laungan yang sama oleh hadirin yang hadir.

KANDUNGAN PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

KANDUNGAN PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
  1. Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan berdaulat setaraf dengan Negara-negara lain di dunia.
  2. Raja-raja Melayu dengan Ratu Elizabeth dengan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
  3. Semua penguasaan British ke atas negeri-negeri Selat terbatal.
  4. Perlembagaan Kemerdekaan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
  5. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka terdiri daripada negeri Johor, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
  6. Persekutuan Tanah Melayu adalah sebuah Negara demokrasi yang mementingkan kesejahteran rakyat.

Thursday, June 18, 2009

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

 CIRI-CIRI MUKMIN BERTAKWA

o MENURUT SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5

o beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT yang tidak diubah
o menunaikan solat lima waktu
o beriman dengan perkara ghaib
o beriman dan beramal dengan al-quran
o beriman dengan hari akhirat

 AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUKMIN

o diturunkan daripada Allah kepada Rasullulah
o kitab terakhir yang menjadi panduan hidup mukmin sehingga hari akhirat
o isi kandungan yang lengkap semua aspek seperti hubungan manusia dengan Allah dan manusia dengan manusia
o orang yang mengamalkan ajran al-quran terjamin hidpunya didunia dan di akhirat


 CIRI-CIRI PELAJAR YANG BERTAKWA

o rajin mengulangkaji pelajaran
o menunaikan solat pada waktunya
o membaca dan memahami al-quran
o berakhlak mulia
o meninggalkan perkara yang menggalakkan maksiat



 KELEBIHAN ORANG YANG BERTAKWA

o Dikasihi dan diredahi Allah
o Memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat
o Menjadi orang yang berilmu dan beramal
o Menjadi pemimpin yang berjaya dan berwawasan
o Melahirkan ahli perniagaan yang berdaya saing
o Sentiasa tabah dan reda menghadapi ujian Allah
o Tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh melemahkan iman


MENCONTOHI KEPATUHAN MALAIKAT

 CIRI-CIRI MANUSIA TAAT PADA PERINTAH ALLAH

o Menambah ilmu pengetahuan
o Patuh perintah Allah
o Berfikir dan membaca Al-quran
o Memelihara maruah diri, keluarga dan Negara
o Sentiasa bertaubat
o Hayati sifat-sifat mahmudah
o Memelihara diri daripada perkara-perkara yang merosakkan akidah


 SYARAT-SYARAT TAUBAT

o Berazam tidak mengulanginya lagi
o Benar-benar menyesal dengan dosa yang dilakukan
o Hendaklah meminta maaf dan memulangkan hak jika melakukan kesalahan dengan manusia
o Berhenti melakukan dosa dengan segera


 CIRI-CIRI MUKMIN BERTAKWA

o Memperdaya manusia mensyirikkan Allah
o Mengajak manusia mensyirikkan Allah
o Menghasut mnusia berbuat jahat
o Menggoda manusia hidup bermusuhan
o Menghasut manusia memuat kerja yang sia-sia
o Menimbulkan rasa was-was dan ragu kepada manusia


 CARA MENGHINDARI TIPU DAYA SYAITAN

o Solat dengan khusyuk
o Menjauhi maksiat
o Nasihat-menasihati untuk kebaikan
o Hafaz dan membaca al-quran
o Bersifat mahmudah
o Taat pada perintah Allah dan menjauhi larangannya

Friday, June 5, 2009

salam perkenalan




Ketika merakamkan foto ini .....

Andai kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta yang kau jadikan pengikat rindu antara muhammad s.a.w dengan siti khadijah,, yang kau jadikan air mata kasih sayang iman ali dengan fatimah az zahra, yang kau jadikan penghias nabi mu yang suci. Jadikanlah kami suami isteri yang saling mengasihi dikala dekat dan saling mengingati di kala jauh, sempurnakan lah kebahagian kami dengan menjadikan perkahwinan ini kekal buat selama nya.....

Inilah yang saya terbaca ketika melihat kad undangan majlis perkahwinan....

Dan sesungguhnya kerinduan yang menggamit ialah untuk menjejaki tanah suci mu lagi ....