letak code chatbox uolls kt sini

Friday, May 2, 2014

Sunday, July 5, 2009

BAB 7: MALAYSIA YANG BERDAULAT

BAB 7: MALAYSIA YANG BERDAULAT

Gagasan persekutuan Malaysia

Pada 27 mei 1961, tunku abdul rahman telah mencadangkan gagasan persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengahari anjuran persatuan wartawan luar asia tenggara di hotel Adelphi, singapura.

Gagasan persekutuan Malaysia

Tanah melayu
Singapura
Sabah =satu unit pentadbiran
Sarawak
Brunei

Matlamat pembentukkan Malaysia

Mempercepat kemerdekaan

Oleh sebab saiz kecil dan jumlah penduduk yang tidak ramai menyukarkan british untuk memberi kemerdekaan, penubuhan Malaysia akan mempercepatkan proses kemerdekaan sabah Sarawak, singapura dan brunei.

Keseimbangan kaum

Bertujuan untuk mengimbangkan jumlah penduduk melayu dan bumiputera dalam persekutuan Malaysia.

Keselamatan dan kestabilan Negara

Pembentukkan Malaysia diharap menjadi benteng yang kukuh menghadapi ancaman komunis di singapura dan Sarawak.

Memajukan sosioekonomi

Pembentukkan persekutuan Malaysia mewujudkan satu kawasan ekonomi yang lebih luas dan menarik lebih banyak modal luar.
Dapat menyatukan sumber tenaga manusia dan sumberasli dalam kalangan Negara anggota.
Kerjasama ekonomi dapat memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, sabah dan brunei.







Reaksi pembentukan persekutuan malysia

Persekutuan tanah melayu

Cadangan pembentukan persekutuan Malaysia disambut baik oleh-oleh parti-parti politik di tanah melayu.

Singapura

Penggabungan ini diharapkan akan dapat menyelamatkan PETIR dari pihak berhaluan kiri.

Pada bulan 12 1961 , singapura meluluskan usul penggabungan.
Barisan sosialisis dan parti rakyat bersatu pimpinan Ong Eng Guan telah menentang idea ii adalah salah satu rancangan british untuk mengekalakn pengaruhnya.

Satu referendum telh diadakan untuk meninjau pandangan penduduk Singapura. Hasil referendum tersebut rakyat singapura bersetuju dengan cadangan penggabungan.

bab 7

Sabah

Beberapa parti politik baru ditubuhkan untuk menyalurkan penyedirian rakyat terhadap gagasan persekutuan malysia.

  • Pertubuhan kadazan bersatu (UNKO) pada mulanya telah menyokong hingga akhir.
  • Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) pada mulanya telah menyokong hingga akhir
  • Parti Bersatu pada mulanya telah menyokong tetapi dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu hingga akhir.
  • Parti Demokratik pada mulanya telah menyokong tetapi dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu hingga akhir.
  • Pasok Momugun pada mulanya menentang kerana sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan brunei dan akhirnya menyokong.


PARTI PERIKATAN~Pada bulan September 1961, UNKO,USNO,Pasok Momugun, Parti Bersatu dan demokaratik membentuk Parti prikatan Sabah dipimpin oleh Donald Stephens dan tun Datu Mustapha bin Datu Harun.
PILIHAN RAYA MAJLIS DAERAH~dalam pilihanraya Majlis daerah pada tahun 1962, Perikatan Sabah telah memenangi pilihan raya tersebut yang menggambarkan kesepakatan rakyat Sabah untuk menyertai Malaysia.

Thursday, June 25, 2009

Penentangan dan reaksi rakyat

Penentangan dan reaksi rakyat

Golongan anti penyerahan telah menghantar bantahan kepada kerajaan British tetapi tidak dihiraukan. Banyak poster-poster ditampal di merata-rata tempat dan di setiap kampung diarah membuat poster dan sepanduk bagi menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Kaum wanita turut menyertai menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Cikgu Lily Eberwein, kaum ibu PKMS pergi ke kawasan pedalaman meraih sokongan dan simpati orang Iban.

Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Orang melayu dan orang Iban telah menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Orang Melayu telah diketua oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi haji Mohamad Kassim (ketua datu-datu masyarakat melayu dan kaum melayu terpelajar).

Gerjakan anti penyerahan disertai oleh:
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak(PKMS)
Persatuan Barisan Pemuda Melayu Sibu(BPM)
Barisan Pemuda Sarawak(BPS)
Persatuan Dayak Sarawak(PDS)

Faktor Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Faktor Gerakan Anti penyerahan Sarawak

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

Charles Vyner Brooke menggunakan tipu muslihat membuat keputusan sendiri menyerahkan Sarawak kepada British tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.

Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak yang baru supaya memudahkan penduduk Sarawak menuntut kemerdekaan.