letak code chatbox uolls kt sini

Friday, June 19, 2009

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

5.3.1 Parti Perikatan telah bersetuju dengan membentukkan ebuah Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
5.3.2 SURUHANJAYA REID
Suruhanjaya Reid telah di bentuk pada bulan Mac 1956, dipengerusikan oleh Lord Reid(Hakim British).
Antara tugas Suruhanjaya Reid ialah:-

i. Merangka sebuah Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.
ii. Pembentukkan dan penentuan kuasa kerajaan persekutuan dan negeri.
iii. Menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu.
iv. Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

5.3.3 Suruhanjaya Reid telah menerima131 memorandum daripada Raja-raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik.
5.3.4 Draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada 1957 untuk dibahaskan oleh penduduk dan politik tempatan.
5.3.5 Beberapa cadangan Suruhanjaya Reid telah dipinda untuk memuaskan hati semua pihak.

Antara perkara yang telah dipersetujui ialah:-

i. Sesebuah Negara persekutuan terbentuk dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan negeri.
ii. Kerakyatan secara Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu.
iii. Mengekalakan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain.
iv. Bahasa Melayu manjadi bahasa kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil pula boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantr sekolah masing-masing.
v. Agama Islam menjadi Agama Persekutuan. Walaubagaimanapun, agama lain bebas diamalkan.

5.3.6 (Kerajaan Demokrasi, Konsep Perlembagaan), tolak ansur ini telah membolehkan pembentukkan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja Perlembagaan.
5.3.7 Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan tersebut kerana menyedari pakatan murni abtara kaum ini akan mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu.
5.3.8 Parlimen British telah menerima cadangan Suruhanjaya Reid pada Jun 1957.
5.3.9 Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan telah mengesahkan pada 15 Ogos 1957 dan upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan di Kuala Lumpur antara Raja-raja Melayu dan British.

Ahli Suruhanjaya Reid:-
i. Lord William Reid (England)
ii. Sir Ivor Jenning (England)
iii. William Mckell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
iv. Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
v. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

No comments:

Post a Comment